PROGRAM MINI SUKAN BERSAMA PDK SURIA MAS

Aktiviti terkini | 25 April 2018

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet 1Malaysia Padang Tok La

Ringkasan Aktiviti :
Program ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan secara umumnya mengenai peranan utama Pi1m sebagai pusat pembelajaran komuniti interaktif yang mengetengahkan pi1m sebagai pusat pembelajaran dalam kalangan komuniti sekeliling. Pendekatan bersama warga PDK ini bagi menjalinkan satu kerjasama bagi mengeratkan hubungan komuniti bersama staf pi1m dan PDK.

Tujuan Aktiviti :
Memperkenalkan pi1m pada anak-anak istimewa dan menekankan peranan pi1m sebagai pusat pembelajaran.

Butiran Aktiviti :
Program Mini Sukan bersama PDK Suria Mas diadakan bagi mencungkil kreativiti yang ada pada anak-anak istimewa, disamping itu dapat meraikan mereka dengan beramah mesra bersama mereka supaya mereka merasakan disayangi. Antara sukan yang diadakan ialah larian setempat. Masukkan bola kedalam bakul dan Fluffy Piggy yang merangkumi mewarna,menulis,menampal dan menghias. Seramai 40 kanak-kanak yang terlibat termasuk 4 orang guru dan kakitangan di PDK Suria Mas.

Kelebihan dan Kebaikkan Aktiviti :
• Melatih peserta untuk turut serta dalam kumpulan dengan baik serta menjaga kebersihan bersama-sama.
• Menarik minat peserta cilik untuk turut serta dengan menyediakan pelbagai bahan yang menyelerakan.
• Mendisplinkan peserta bagi mematuhi peraturan supaya tidak membazir dan berebut-rebut.
• Mengeratkan hubungan sillaturahim antara peserta dan staf pi1m.
• Pengisian masa lapang para peserta dengan aktiviti yang bermanfaat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :